Pilih satu Halaman

Pemetaan Perkhidmatan Hepatitis C MTAAG+

Selamat datang ke pemetaan perkhidmatan Hepatitis C MTAAG+ yang menawarkan semua rakyat Malaysia dan terutamanya komuniti-komuniti yang berisiko, akses kepada maklumat Hepatitis C dalam talian untuk jenis diagnosis, diagnostik dan perkhidmatan rawatan yang ada, dan di mana anda boleh mengakses perkhidmatan terutama di seluruh negara di Malaysia. Di seluruh negara, semua Klinik Kesihatan sudah tersedia-ada perkhidmatan ujian Antibodi Hepatitis C Virus (HCV).
Laman Peta

HIV kini mudah dirawat dan HCV dapat disembuhkan (dengan DAA). Perubatan kini berfungsi dengan baik dan berisiko rendah dari kesan sampingan. Perubatan HIV kini boleh didapati secara meluas di setiap negara. Mendapatkan DAA* lebih sukar dan mahal.

*DAA = Direct Acting Antiviral (antiviral bertindak langsung).

Mencari Doktor

Mengetahui anda mempunyai HCV boleh menjadi sukar, terutamanya jikalau anda hidup dengan HIV positif selama bertahun-tahun. Ataupun anda mungkin mengetahui anda telah dijangkiti HCV untuk jangka-masa yang lama dan hanya sekarang baru memikir untuk mendapatkan rawatan.

Apapun keadaan anda, ramai orang mempunyai kedua-dua jangkitan. HCV biasanya adalah jangkitan yang perlahan.
DAA mengubati HCV lebih daripada 95% orang yang berjangkit – mengambil dari 1 atau 2 pil sehari, biasanya hanya untuk jangka-masa 12 minggu.

Anda memerlukan seorang doktor yang memahami koinfeksi. Sekiranya anda mempunyai doktor yang berbeza untuk HIV dan HCV, mereka perlu bekerjasama dengan satu sama lain.

Ujian antibodi HCV

Keputusan antibodi yang positif bermakna anda mempunyai HCV sekarang – ataupun anda mempunyainya sebelum ini dan telah sembuh daripada jangkitan tersebut.

Hasil negatif mungkin juga bermakna anda menjangkiti HCV baru-baru ini. Ujian ini tidak akan mengesan HCV peringkat awal kerana ia boleh mengambil jangka-masa 6-24 minggu selepas jangkitan untuk antibodi-antibodi HCV berkembang.

Juga, jikalau jumlah CD4 anda kurang dari 200, badan anda mungkin tidak memhasilkan HCV antibodi

Ujian viral load HCV (RNA) akan mengesahkan jangkitan yang aktif.

Ujian viral-load HCV mengesan virus HCV dengan cara yang sama seperti dalam ujian viral-load HIV. Sekiranya anda mempunyai viral-load HCV dalam badan anda, ia bermakna anda mempunyai jangkitan HCV yang semasa.

Jikalau viral-load HCV anda tidak dapat dikesan, ujian kedua perlu dilakukan enam bulan kemudian. Kedua-dua keputusan ujian viral-load HCV yang tidak dapat dikesan menunjukkan bahawa sistem pertahanan badan anda telah disembuhkan daripada jangkitan HCV.

Mengenai MTAAG+

MTAAG+ telah ditubuhkan pada 21 September, 2005 oleh sekumpulan orang yang hidup dengan HIV (PLHIV) di Malaysia yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap keperluan untuk membentuk wakil komuniti yang kuat di Malaysia untuk bersuara dan didengari di peringkat antarabangsa. MTAAG+ dengan kerjasama Rangkaian Dunia Ketiga (TWN), sebuah pertubuhan antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia yang mempunyai pengalaman yang luas dan kepakaran dalam IP dan kesihatan awam. Keutamaan MTAAG+ adalah dalam pelaksanaan kebangsaan TRIPS kelonggaran dalam undang-undang dan amalan, dan pencegahan peruntukan IP dalam perjanjian perdagangan dua hala dan plurilateral yang bertentangan dengan kesihatan awam, dalam akses khusus kepada ubatan yang lebih murah.